Mei 2016 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Mei 2016
Happy Birthday To Me

Happy Birthday To Me

As salam and greetings to dear readers.

Adoi!!! tajuk happy birthday to me tu macam kesian dan sodeh bonar bunyinya ngeh! ngeh!ngeh!

Semalam 30052016 genaplah usia Mrs. A 14 tahun muaaahahaaaaaa... [gelak evil sket]. Ko tak payah nak perasan sangatlah Mrs. A hoi! 14 tahun tu in your dreams... Readers terbalikkan ajelah angka tu ya... dan dapatlah angka sebenarnya.

Malam tadi adalah a small celebration organized by Mr. A.


candle
Nak jugak candle tu pastu sendiri nyalakan


siapa.nak.makan.cake
Siapa nak makan cake dulu? Hurmm...masing-masing aim for satay dulu.

ermmm.yummy.
Errmmm... yummy! Amboi orang sebelah tu panjangnya muncung macam satay tu jugak

orang.bujang
Orang bujang tu dah besar susah nak bergambar

cake.tiramisu.katanya
Cake tiramisu katanya

Alhamdulillah syukur, masih ada family untuk sama-sama meraikannya. Alhamdulillah syukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik olehNYA.

#syukurselalu. 
Iniblogke Preloved Novel Giveaway

Iniblogke Preloved Novel Giveaway


 KLIK.mrsablogstori.blogspot.com
KLIK


Segmen ini menarik dan simple sebab itulah Mrs. A tertarik nak join. Jom readers kita join ramai-ramai. Sesiapa nak join sila klik banner di atas for more details.

Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Mei 2016.




Annual Dinner SAINS 2016

Annual Dinner SAINS 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Annual Dinner 2016. Itu title glamornya title yang betul adalah Majlis Makan Malam SAINS dan Anugerah Pekerja Cemerlang hah! gitu. Tetapi oleh kerana Mrs. A tak berapa nak cemerlang itu pasal yang guna tajuk glamor aje tuh! ngeh!ngeh!ngeh!

Annual Dinner SAINS 2016 ini bertemakan Arabian Night, kekdahnya ramailah pak-pak arab dan minah-minah arab celup yang hadir dari segala pelosok daerah Negeri Sembilan pada malam itu termasuklah Mrs. A.

Pendaftaran kehadiran dibuka dari pukul 7.45 malam dan tetamu VVIP dijangka hadir lebih kurang pukul 8.30 malam. Aturcara majlis sangat santai, majlis dimulakan dengan bacaan doa kemudian Pengarah SAINS berucap dan seterusnya Pengerusi SAINS pula berucap. 


Annual.Dinner.SAINS.2016
Bila Tok Mat berucap sangat-sangat menarik kerana dia tak perlukan teks ucapan pun, bukan semua orang mampu buat macam tu.  Macam mana Mrs. A tahu??? Of course tahu sebab dia kan Pengerusi SAINS selalu aje dalam majlis SAINS Tok Mat berucap without teks.
 [kredit photo FB pages DSU]

Arabian.Night
Tengok tu ramai pak-pak Arab yang hadir [kredit photo to FB pages DSU]

Kemudian setelah selesai ucapan. Tetamu dijemput menikmati hidangan yang telah tersedia di atas table masing-masing menu of course Nasi Arab namanya Kabsah Rice dah temanya pun Arabian Night kansss... Selain dari Nasi Arab hidangan dessert pun ada disediakan tapi secara buffet nun jauh di bahagian belakang sesiapa nak pi arrr amik sendiri ada juga mee goreng untuk mereka-mereka yang tak suka Nasi Arab. Hidangan penutup pulak disediakan pulut mangga. 

Menu.Arabian.Night
Food overal  I dont like it. Credit only for Pulut Santan Mangga huhuuu... sedehh!!

Sesambil tetamu menikmati dan menghayati dinner masing-masing. We all juga dihidangkan dengan persembahan nyanyian oleh artis jemputan iaitu Betty Banafe.

Annual.Dinner.SAINS.2016
Betty Banafe dengan persembahan ala-ala Arabnya

Kemudian setelah settle acara makan-makannya maka tibalah ke acara penganugerahan pekerja cemerlang untuk tahun lepas. Jumlah keseluruhan pekerja yang menerima Anugerah Cemerlang adalah 69 orang termasuklah pihak Management. Di samping itu juga pihak SAINS turut memberi penghargaan kepada pekerja yang telah bersara sejak dari beberapa tahun yang lalu.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan selaku pengerusi SAINS.

mrs.a.blogstori
Tahniah!! kepada semua termasuklah rakan blogger LZ

Opppss!!! tidak dilupakan hadiah kepada mereka yang berpakaian mengikut tema sangat-sangat. Hah! ini dia seorang lelaki dan seorang perempuan.

Tu... dia Firaun dan Nefitiri. Kau mampu!!?? Kedua-dua dari kiri ya! 

Lucky Draw pun ada tapi cuma 17 sahaja. Syukurlah dari takde ya!! untunglah sesiap yang bertuah malam itu. Seperti biasa Mrs. A memang tak dapatlah. Cuma mampu tengok sesambil menunjukkan hadiahnya.

Inilah Lucky Drawnya kata model syiok sendiri itu ngeh!ngeh!ngeh!

AMARAN! gambar-gambar selepas ini agak annoying dan mungkin menyebabkan ketidak selesaan kepada sesetengah readers. Jika tidak mahu muntah hijau sila baca sampai di sini sahaja.

Sekiranya mahu meneruskan juga... jangan kata Mrs. A tak payung!!! Eh! silap jangan kata Mrs. A tak bagi amaran!!

Bergambar di prop adalah acara wajib

Mrs. A: Bell... ko kena wat macam nih baru real
Bell:  Ek! eler..!! overnya kakak sorang nih! (dalam hati)

Say!! cheese

LZ..., amik frame....amik frame tu kasi tunjuk der..

Rakan netball
HQ dan daerah bersama di malam Annual Dinner

Over!! ko Dekwa (netballers) sampai terlentang

Dan lagi a snap from camera

On the way nak ke kereta time nak balik terserempak dengan mak buyung ni!

Lebih kurang dalam pukul 11.00 malam maka berakhirlah Annual Dinner SAINS 2016. In Sha Allah kalau ada umur yang panjang tahun depan diharap adalah lagi.

The End cerita Annual Dinner Arabian Night.

[Kredit photo dari FB dan juga WhatsApp kawan-kawan]
Wordless Wednesday #78 - Arabian Night

Wordless Wednesday #78 - Arabian Night


Tonight adalah malamnya. Mrs. A pun tak ketinggalan jugak nak ngikut tema ha!! kata kau. Last weekend dengan gigihnya pergi Seremban Prima mencari out-fit Arabian nightnya. Alhamdulillah mujurlah ada yang berkenan. 

Hah! kasi tepek sikit time tengah memilih-milih tu. 

Wordless Wednesday #78 - Arabian Night
Hurm... semuanya menarik takde yang menolak hiks!

Arabian Night, Klana Resort Seremban


Selamat Hari Guru 2016

Selamat Hari Guru 2016

As salam and greetings to dear readers.

Dah bersawang blog nih! lama bebenor tak up-date. Walaupun banyak cerita tetapi masa pulak terlalu sedikit cewah! busy ngalahkan bee la pulak. 

Tetapi sempena hari guru ini Mrs. A ambil kesempatan ini untuk up-date blog kesayanagan ini khas untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.

selamat.hari.guru.2016
Google image

Selamat hari guru juga buat semua guru yang pernah mengajar dan mendidik Mrs. A. 'Guru Pembina Negara Bangsa'.


Ke Perak Kita

Ke Perak Kita


netballers
Netballers
Akhirnya setelah berhempas pulas training netball selama lebih kurang dua bulan gitu. Hari yang ditunggu pun tiba, kekdahnya ke Perak kita.

Hari ini semua kontingen yang terlibat dalam Sukan Bekalan Air SeMalaysia aka SBAM 2016 akan berkumpul di perkarangan ofis dan dilepaskan officially oleh Pengarah ke Ipoh, Perak. 


Kredit photo: website Lembaga Air Perak

Okay dengan itu blog pun akan cuti (7 - 9 Mei 2016) sebab Puan blog busy bernetball ngeh! ngeh! ngeh!. Doa-doakan we all ke semi final dan seterusnya final ya...

Akhir kata majulah sukan untuk negara.




Salam Jumaat : 28 Rejab 1437H

Salam Jumaat : 28 Rejab 1437H


mrsablogstori.blogspot.com
Wordless Wednesday #77 - Babah Birthday

Wordless Wednesday #77 - Babah Birthday

Wordless Wednesday #77

Happy birthday! Babah
Happy birthday! Babah

Aitt... awat menung pulak Babah nih!?

Tiup jangan tak tiup

Ouch! awat chicken wings tu tergolek-golek tak masuk bekas lagiks!

We will always love you Babah!! Semoga sentiasa dilimpahi rahmat yang maha Esa.
MRS.A my blog my stori ©