September 2015 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: September 2015
Wordless Wednesday #52 - 14th Anniversary

Wordless Wednesday #52 - 14th Anniversary

29 September 2015





In Loving Memory of Lilo

In Loving Memory of Lilo

Entry sedih sangat buat diri Mrs. A in loving memory of Lilo. Sambil taip ni pun sobs..sobs..sobs... air mata kuar sendiri. Semalam petang time balik kerja Lilo sambut Mrs. A Koko pun ada jugak. Kemudian terus ke dapur Mrs. A pun bagilah depa makan as usual. Tak perlu rebut-rebut lagi coz tempat makan dah ada dua baru jer.. beli tapi sekejap aje Lilo guna rupanya. 

Lilo pun nak selfie gak

 Lilo & Koko ketika pertama kali menjejak kaki di rumah Mrs. A

Lilo & Koko time kecil lagi 

Lilo suka tidur atas katil kekadang Koko joint sama

Lilo tinggal kenangan

Unfortunately senja semalam sewaktu Mrs. A tengah memasak tetiba Aryssa menangis, Mrs. A pun tanya kenapa ni?? Lilo ibu...hah! kenapa dengan Lilo? dia dah mati kena langgar... terus Mrs. A pun sama nangis. Mrs. A tak tengok pun Lilo tak naklah takut sedih sangat kok pitam la pulok!

Lilo mati depan rumah jer.. belakang kereta Mrs. A, yang jumpa Lilo tu Mr. A senja tu time dia balik katanya pada Aryssa Lilo dah mati ni kena langgar kot telinga, mulut Lilo berdarah pastu terbaring kaku. Badan Lilo elok jer... sempurna takde hancur pun itulah mungkin kecederaan dalaman itu sebab yang mulut dan telinga dia berdarah. Kemudian Mr. A pun tanam Lilo kat kawasan lapang depan rumah.

Lilo pergi buat selama-lamanya pada 28 September 2015. Siapa yang langgar dan macam mana Lilo dilanggar tidaklah Mrs. A ketahui. We will always love you Lilo.

Allah knows best. Syukur alhamdulillah masih ada Koko.

Wordless Wednesday #51

Wordless Wednesday #51

whatsapp group

Tudung Aidijuma Giveaway By Anies

Tudung Aidijuma Giveaway By Anies

Bismillahhirrahmannirrahim...

 Click Banner
Click Banner

Oleh kerana Mrs. A memang peminat dan pemakai tudung Aidijuma a.k.a AJ maka dengan lafaz bismillah Mrs. A pun joint GA anjuran blogger Anies seperti yang diwar-warkan.

Pengalaman pertama Mrs. A beli dan pakai tudung AJ adalah di office hiks! Bos ini waktu rehat ya we all nak tetengok tudung jap. Sewaktu rakan office yang memang reseller AJ datang ke cubicle sebelah Mrs. A [sekarang dah naik pangkat dah Premium Reseller katanya] sambil promote-promote Mrs. A telah tertarik dengan satu corak tu tapi Mrs. A cakap alaaa... akak tak reti ler... nak pakai cam datin tu cer tutorial sikit. 

Mujur ada rakan office yang sorang lagi ni memang sporting dan menunjukkan tutorial cecara pakai yang macam datin pun, dan jugak lelain cara yang seperti dia sedang pakai pun ia time tu. Eh! senangnya pakai menarik tertarik terus Mrs. A rembat satu tapi label yang biasa aje takdelah terus black label uols!!!

Tadaaa...kat bawah ini antara tudung AJ Mrs. A.
Gambar atas sekali my 1st AJ.
Tudung AJ yang cantikssss

Closing Date: 24 SEPTEMBER 2015


Kepada sesiapa yang berminat masih sempat lagi. Nak joint sila click banner.



Ibu Kejam

Ibu Kejam

Ibu kejam kata kids. Muuaaahhhaaaaaa.... kejam kerrr... sampai hati cakap ibu cenggitu. This weekend sebagaimana yang telah dijanjikan kepada kids time to balik kampung. Walaupun cuti sekolah dah bermula dan jugak nak sambut hari raya Aidil Adha tapi Mrs. A tak bercadang pun nak bagi kids tinggal kat kampung.

Itu pasallah time depa tanya ibu berapa pasang baju kena sediakan Mrs. A cakap macam biasalah 2 pasang iaitu 4 helai seluar dan 4 helai baju. Aiks! kenapa ibu!!??? We all nak tinggal kampunglah. Maaf tak boleh full stop. Ibu ni kejamlah!!! Walaupun ada suara-suara tak puashati tetapi Mrs. A abaikan saja. 

Sesampai aje terus cari mana si cute Talia
Along & Adik errrmmm..... rindu Talia 

Talia & Along

Siang esoknya itu seperti biasa Mrs. A akan menjadi supir kepada ibuku. Tugas supir biasalah drive kemana sahaja Mem besar nak pergi, Pergi pasar ke? pergi bank ke, pergi rumah kengkawan ker?? ngeh!ngeh!ngeh! Supir Mem besar ni bukanlah hanya Mrs. A seorang aje ada jugak yang lain-lain tapi bergantunglah siapa yang balik pada weekend tu ataupun sesiapa yang Mem besar pilih muahhaaaaa...


Pilih jangan tak pilih

Mana la gel yang macam Aaron Aziz guna tu nih!

Kali ini Mrs. A bertegas tak bagi kids tinggal di kampung kerana adik & Aryssa tu kena pergi mengaji dan Along pulak walaupun dia dah khatam mengaji tapi tidak adil pulak pada adik-adiknya. Lagipun Along sekarang dah pandai naik motor so dia akan keliling-keliling kampung naik motor. Cakap nenek dia tak mau nak dengar sangat. Macam itu kejamkah ibu?


Bukit Gambang Resort City pt 3 (Final)

Bukit Gambang Resort City pt 3 (Final)

Bukit Gambang Resort City pt final hah! uols lama tahap kucing beranak nak ke final part ni ngeh!ngeh!ngeh! Anyway if ada readers yang berminat nak tau kisah part 1 klik sini dan part 2 klik sini

Last day we all di BGRC breakfast di coffee house lagiks of course ler dah tentu-tentu included dalam package 3D2N tukan. Tapi cuma kids dan Mrs. A aje yang turun breakfast, babahnya tidak dapat turut serta kerana haish! ni yang malas nih! penyakit G datang menyerang. Habih camno pasrah ajelah bukan dia buat-buat pun dah penyakit tu nak datang time tu. Tapi sempat gak Mrs. A bebel tu ini mesti malam tadi makan tak hengat!!! tak reti-reti nak pantang yang tau pantang jumpa. Setelah settle breakfast tu on the way balik bilik singgah kiosk beli Maggi cup untuk babahnya #syukurselalu.

Oleh kerana check-out time pukul 12.00 tengahari, kekdahnya babah kata kita check-out terus iaitu dalam pukul 10.30 pagi tu dah check-out siap-siap dan terus ke Safari Park. Settlekan admission process di kaunter tiket pastu dengar briefingnya serba sedikit pakai gelang dan masuk. Memang dah agak sure lama masa yang diambil kat Safari Park nih! yelah macam-macam transit nak dilawati. Safari Park ini memang luas, ada dua zon. Zon berjalan kaki dan Zon naik Tram.

Zon berjalan kaki atau dalam bahasa orang putihnya walking zone ini terbahagi pulak kepada empat ada Simba Hill, Foreign Village, Forest Land dan Night Jungle memang jauh dan banyak sangat berjalan kakinya kepada mereka yang tak rajin berjalan kaki ataupun memang ada penyakit lutut dinasihatkan terus aje ke Wild Savannah iaitu Tram Drive Thru Zone.

Berdasarkan pengalaman Mrs. A memang tiring uols tapi redah ajelah al-maklumlah melayan karenah anak-anak lagipun ini first time datang sini. Tempat pertama di walking zone yang akan kita jumpa adalah Simba Hill.

Welcome to Simba Hill the 1st & only white lion in Malaysia, Aryssa dah macam tourist guide la pulak


Kat dalam Simba Hill Plaza ini ada juga terdapat kedai menjual souvenir so kalau belum beli lagi time kat hotel tu tak yah risau kat sini pun boleh beli.


Macam inilah rupanya laluan di walking zone tu friendly baby stroller, kalau ada kerusi roda untuk disewa pun ok gak muuahhaaaaa
Peace yo!

Itu ler dia White Lionnya time tu depa duk jauh jer... dari cermin tu tak puas sangat tengok 

Kemudian sampailah pulak ke animal show. Animal show ini ada time schedule dia. Kebetulan time Mrs. A masuk tu show time adalah pukul 11.30 pagi kalau terlepas kena tunggu next punya show time. Tak ingat la pulok berapa kekerapan show time tu. Mungkin kalau tak kena timingnya dan malas nak tunggu hurmmmm... ada kemungkinan tak menengoklah animal show tu.

Cengginilah rupa stage animal show tu

Setiap seekor haiwan ada pelatih khas masing-masing 

Time show tu ada gimik dia panggil seorang penonton sambil tutup mata pastu dia letak ular sawa. Mujur kena pada penonton yang sporting dan berani
Show time lebih kurang 45 minit. Dah habis show sesiapa yang berminat dijemput ke stage untuk bergambar dan jugak pegang-pegang haiwan yang buat show tu tadi

Ada banyak jenis haiwan, salah satu yang tengah makan rumput tu unta katanya, apa ke jenis untanya Mrs. A tak ingat dah! Ada rusa, kanggaroo, baby bear, monkey the most friendly haiwan dan dua tiga jenis lagi. 

Selepas dah habis show time tu we all pun meneruskan lagi perjalanan ke Foreign Village pulak. kat Foreign Village ni kebanyakkan haiwannya adalah yang biasa kita jumpa kat kampung-kampung ada ayam, kambing rabbit dan jugak haiwan yang Mrs. A jarang lihat tapi pernah la tengok kat National Geographic macam Meerkat  dan Walabi Parma tu.


Along berjaya menangkap seekor rabbit yang jinak mujur tak boleh bawa balik

Haiwan ni takde kat kampung Mrs. A tu yang excited sikit tu

Selepas dah habis menerokai Foreign Village we all berjalan lagi ke Forest Land pula di Forest Land ini haiwan-haiwan dan juga serangga yang biasanya tinggal di hutan. Serangga seperti tarantula, kalajengking, reptilia sang katak dan jugak sang ular, iguana ada memacam jenis lagilah yang Mrs. A pun dah tak ingat dan tak kenal pun ada.


Ini spesis iguana kalau tak silap

Kalau nak diikutkan memang banyak betul haiwan-haiwannya tapi tengok lebih kurang ajelah dah kepenatan pun ia lagipun rushing nak tengok birds show. Katanya birds show akan diadakan lebih kurang pukul 12.30 tengahari cenggitu kat stage yang berlainan dari show yang pertama tadi yang ini special for birds.


Stage untuk birds show. Nampak tak muka burung hantu tu? dan juga telur burung

Ahli-ahli shownya pun berlainan dari yang pertama tadi. Ada memacam jenis burung yang buat show tu seronok dan terhibur jugak. Ada jugak spesis yang ganas time show spesis tu kita dinasihatkan jangan berdiri. Paling seronok time show yang burung kakak tua datang ambil duit kat tangan kita. Sebelum tu emcee bagitau dulu kepada sesiapa yang nak derma kat tabung birds so boleh keluarkan duit nanti birds tu akan terbang dan ambil dari tangan kita. Memang excited tengok burung tu terbang dan ambil kat sesiapa yang pegang duit sambil tangan di angkat ler...



Okeh! selepas dah habis show tu akhirnya we all pun bergerak pula nak ke last station iaitu Wild Savannah. Jauh juga kena jalan lagi tu sesambil otw tu ada tempat boleh rehat sekejap untuk beli makan dan minum. Iyalah dari pagi ke tengahari mau tak haus dan lapar so kita take 5 sebentar.

Time kids dan Mrs. A sampai kat station Wild Savannah tu tram dah full la pulok so kena tunggu next tram. Tak lama kemudian tram yang ditunggu pun sampai setelah full tram pun gerak kat dalam tram disediakan tourist guide yang akan bercerita kita dimana, ini binatang apa ok jugalah dapat juga pengetahuan takdelah kita terpinga-pingakan...


Bergambar dulu sementara tunggu tram full

Station pertama yang kita akan jumpa adalah tempat badak berendam tapi tak nampak sangatlah badaknya lagipun dia ada kat dalam air. Ialah namanya pun dah badak berendam tu yang 24 hours duk berendam jer kot.

Badak Berendam nampak muncung jer sikit

Kemudian selepas beberapa ketika kat station pertama tadi tu iaitu kawasan haiwan-haiwan liar yang tak berapa nak ganas. Kita akan sampai pula ke kawasan haiwan liar yang ganas kawasan ini ada dua lapis gate yang nak dilalui dan lagi satu kawasan ini di pagar dengan pagar elektrik.


Haiwan darat terpantas harimau bintang

Burung Unta

Harimau Malaya/ Belang time tu tengah tidur kekenyang selepas diberi makan

Tahukah anda kenapa pepatah mengatakan harimau mati meninggalkan belang, menurut kata tourist guide tu harimau belang tu kalaupun kita cukur licin bulu-bulu dia kat badan dia tetap ada belangnya makna kata belang tu bukan setakat diluaran sahaja badan harimau itu sendiri pun sedia ada belang. Di dalam kawasan harimau ini juga kebanyakkan pangkal-pangkal pokok yang ada disitu dililit dengan pagar dawai tujuannya untuk mengelakkan ia dicakar oleh harimau kerana cakaran harimau tersebut boleh mengakibatkan pokok itu mati.

Ok rasanya cukuplah setakat itu gambar di Wild Savannah yang Mrs. A nak kongsikan memang ada banyak lagi haiwannya semua jenis haiwan liar ada kecuali Lee Kwang Soo eh! apa kena mengena Lee Kwang Soo pulak sesiapa peminat Running Man mesti faham apa maksud Mrs. A kanss... yang takde tu cuma zirafah aje kerana telah dipulangkan ke negara asalnya iaitu India. Sebelum ini (lebih kurang beberapa bulan) ada tapi India cuma loankan Zirafah tu setakat 2 tahun aje kat Safari BGRC tu. Lagipun gambar-gambar haiwan tu tak dapat nak disnap dengan jelas dan besar al-maklumlah dalam tramkan lagipun camera murah jerrrr...

Kepada sesiapa yang berkira-kira hendak bercuti ke BGRC ini Mrs. A nasihatkan check apa yang patut samada kat water park ataupun safari park condition mahupun check in prosedur dengan sangat teliti tanya semua yang anda tak pasti berkenaan package tu, ini berdasarkan pengalaman Mrs. A yang main redah aje pertama sewaktu di water park setelah nak masuk iaitu bila dah dapat wrist band tu baru diberitahu yang pirahna station tidak boleh digunakan coz under maintenance fuh! frust betul kids walhal itulah tempat yang paling sesuai dan seronok untuk kanak-kanak.

Kedua untuk entry ke Safari park pula semua entry perlu dilunaskan dalam hari yang sama contoh kalau kita dah check in sebelah pagi untuk nite jungle pun kita kena check in hari yang sama. Mrs. A tak tengok pun nite jungle sebab dah takde masa dan takde maknanya nak tunggu malam. Pendapat Mrs. A management tak seharusnya kenakan syarat begitu kerana mereka yang bercuti tu tak semestinya akan check-in pukul 12.00 tengahari dan terus aje ke Safari Park lagipun kalau dah datang dari jauh mestilah nak rileks dan buat aktiviti santai aje.

Setelah hampir setengah hari di Safari Park time to go back to Seremban. On the way balik tu we all singgah lunch di sini...

My Mama nasi kukus di area Gambang

Recommended sangat makan kat sini sedap dan harganya sangat berpatutan patutlah beratur panjang time nak membeli dah tu pula seat di luar dan dalam almost full. Tapi mujur kebetulan time we all sampai ada satu family yang dah sudah so we all pun ambil alih tempat mereka. Kalau dekat mahu rasanya selalu datang makan kat sini.

The End.


Apa Aku Rasa

Apa Aku Rasa

Apa aku rasa tika dan saat ini. Macam- macam yang Mrs. A rasa. Rasa syukur kerana baru saja lepas dan dapat menikmati makan tengahari sekeluarga. Rasa bertuah kerana dapat berehat-rehat di dalam rumah dan bersantai bersama keluarga tercinta.

Ialah jika nak dibandingkan dengan sesetengah orang yang takde makanan, takde tempat tinggal dan ada family tapi tak cukup tu sememangnya Mrs. A patut berasa syukur  selalu dengan apa yang Mrs. A ada. 

Tapi tulah kekadang ada jugak waktu dan ketika Mrs. A terleka dan meminta-minta yang ntah apa-apa bila masa membandingkan diri ini dengan orang yang lebih dari kita. Lumrah sifat manusia mudah lupa.

Uiks! Panjangnyo mukadimah apa aku rasa ni ngeh! ngeh! ngeh! Weekend ni Mrs. A lepak santai kat rumah aje tu yang rasa nak up entry  ialah jalan blog sana ada update, jalan blog situ ada update tu yang blog sini pun nak up jugak tu. 

Koko pun tengah tidur lepas lunch kat favorite spot dia

Tak kisahlah citer apa pun suka hati Mrs. A lagipun ini my blog my stori. Nak ferfiling retis pun suka hatilah kannsssss...... ngeh! ngeh! ngeh!

Semalam sempat juga pergi majlis kahwin officemate kat Dewan Orang Ramai TTJ.

Officemate Mrs. A pengantin perempuan

Walaupun Mrs. A datang sekeluarga tapi bila diajak bergambar semuanya tak nak. Huh! tak nak sudah. Takpe Mrs. A sorang pun ok jerrr... ada aku kisah.

Moral of the story just be yourself.


Salam Jumaat

Salam Jumaat

Ingat tu kawan-kawan

Salam Jumaat dear readers, sebenarnya nak share rasa ralat yang amat sangat terlepas ceramah Dato' Ustaz Kazim Elias yang diadakan di kampung parents in law. Huh! nyampah kat Mr. A tu mesti dia pergi seorang tu chori-chori chupke-chupke.

Beberapa minggu yang lalu Mrs. A ada terdengar perbualan telefon Mr. A dengan rakan belia 4B beliau tengah plan apa yang patut mereka sumbangkan untuk ceramah berkenaan. Time tu Mrs. A cakap eh! nanti saya nak pergi tau.... mesti pergi ni dekat dengan rumah lak tu. Oh! okay katanya sambil buat muka funny face.



Sehingga ke hari tersebut di atas Mrs. A dah terlupa ialah memacam hal kejadian dengan kids sakit dan jugak mil admitted. Hanya malam tadi bila ziarah mil yag dah discharge kat Jiboi dia tanya pergi tak ceramah Ustaz Kazim tu ramai tak orang? Huk! aloh laaa dah terlepas ke? ish..ish..ish... geram betul dengan Mr. A tu rasa nak picit macam nyamuk tu. Tapi itulah kalau takde rezeki jawapnya tiadalah walaupun dekat sangat dengan rumah.

Emergency Leave

Emergency Leave

Emergency Leave

Mrs. A emergency leave today coz adik masih demam dan along sakit telinga belah kiri. Adik tu dah demam sejak Monday, actually babah dia dah bawa gi klinik dan dapat mc 2 hari. Tapi malam tadi hidung adik berdarah banyak pulak tu pastu yang paling buat Mrs. A panik dia muntah darah bagai time tu adik tanya bu kenapa ni oh! ini sebab panas sangat yang hidung berdarah macam Imran tu. Takpe-takpe  rilek jerr...basuh nanti stop rilex je macam Imran tu ya. 

Walaupun dalam hati cemas tapi kena tunjuk cool biar adik jangan panik. Mujur adik pun cool aje yelah dia biasa tengok cousin dia si Imran tu memang selalu hidung berdarah pastu Imran tu rilex aje pi basuh dan lap sendiri sampai darah kering pastu mandi dan sambung main semula.

Lama jugak kejadian dalam bilik air dengan darah hidung belum stop lagi dengan muntah darah dia dah lerr... Mr. A takde dia gi IJN petang tadi tengok Mil yang admitted sejak last Friday. Tapi mujur masa Aryssa called katanya babah otw back ni. Syukur tak lama tu babahnya sampai dan take over, Mrs. A pi tempat lain jap nangis dan nak kumpul kekuatan. Ngeh!ngeh!ngeh! Mrs. A memang selalu begitu bila anak- anak sakit, tak sampai hati nak tengok mudah nak nangis, drama sangatkannss....hew!hew!hew!

Emergency Leave
Nak jumpa doktor dik... Okay tolong isi borang ni

Malam tadi tu lepas darah stop tengok adik ok je dia kata dia ok takde sakit kat mana-mana pun, sambil cakap tak nak gi klinik ibu babah... Babahnya suruh dia rilex dan tidur pastu adik minta Mrs. A urut kaki dia. Hari pun dah malam adik pun nampak ok. Tu yang decide gi klinik pagi esok aje iaitu today. 

Lebih kurang pukul 9 pagi Mrs. A whatsapp bos dan jugak officemate bagitau emergency leave. Walaupun fikiran ni tetap ingat pasal minutes meeting yang tak siap lagi tu muuaaahaaaaa...but my kid is my first priority.

Emergency Leave
Tunggu giliran
Dipendekkan cerita doktor pun tak dapat nak pastikan kenapa adik muntah darah tu if hidung berdarah sebab panas. Selepas doktor check katanya tiada apa yang luar biasa  mungkin denggi. Doktor suggest kalau nak  gi hospital dia bagi reference letter dan dia buat jugak bloodtest. Okay we all setuju begitu.

Kemudian doktor check Along pulak, katanya telinga Along merah ada infection. Itu saja doktor bagi ubat dan tak lupa jugak mc. Kemudian pesan kat Along jangan main di tempat terbuka cuaca jerebu tak elok untuk kita. Ha! dengar tu along takyah sibuk sangat nak main bola.

Itulahkan cuaca jerubu memang teruk sangat tekak dan mata pedih selalu. Jagalah kesihatan ya... Kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Moral of the story kita jangan habiskan cuti tak tentu pasal mana tau terpaksa EL atas sebab yang macam Mrs. A tu... Ha!! Tak pepasal kena tolak gaji mujur Mrs. A tidak muuaahaaaa....

Cara-cara Buat Kek Sarang Semut Periuk Noxxa

Cara-cara Buat Kek Sarang Semut Periuk Noxxa

Bismillahhirahmannirrahim...


As Salam and greetings to dear readers.

Cara-cara Buat Kek Sarang Semut Periuk Noxxa. Last week Mrs. A dah berkira-kira hendak membuat kek sarang semut, kiraan itu tetiba aje muncul selepas melihat resepi dan gambar yang telah dikongsikan dalam grup WhatsApp. Tak lain dan tak bukan grup WhatsApp Noxxa yang adminnya adalah kawan Mrs. A tempat Mrs. A beli periuk magic tu.

Memula plan nak buat Thursday iaitu sebelah malamnya tu excited betul Aryssa dan adik bila Mrs. A kata malam ni ibu ingat nak buat kek sarang semutlah yea!!!... kata depa, unfortunately telur pulak takde stok. Lorrr... hampa depa takpe malam esok je kita buat. Siangnya itu time lunch hour breaks Mrs. A pun membelilah bahan yang tak cukup tu brown sugar dan soda bikarbonat. Telur dah pesan minta Aryssa beli dengan babah otw balik school hiks!

Tadaaa.....
Alhamdulillah jadi SARANG.
Tapi bukan sarangheyo!, itu i love u.

Cara-cara Buat Kek Sarang Semut Periuk Noxxa
kek-sarang-semut
Kek sarang semut a.k.a kek gula hangus

Kek sarang semut periuk Noxxa. Bahan-bahan untuk gula hangus:-

3/4 cawan gula pasir
* 1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 cawan air
1 1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar essence vanilla

* Boleh ganti gula pasir, jadikan 1 cawan gula pasir.

Cara membuat gula hangus:-

1. Masukkan gula pasir dan gula perang di dalam periuk. Gunakan api sederhana dan masak hingga gula cair dan betul-betul mendidih. Gula yang dimasak mestilah pekat, melekit dan gelap sedikit. Kacau selalu.

2. Selepas itu masukkan 1 cawan air sedikit-sedikit dan perlahan. Berhati-hati dengan percikan gula panas. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan 1 1/2 sudu besar mentega dan essence vanilla serta kacau lagi sehingga mesra dan mendidih sekali lagi.

4. Tutup api dan alihkan ke bekas lain. Biarkan ia betul-betul sejuk.

Okeh! settle gula hangus. Kemudian, bahan-bahan untuk keknya pula iaitu:-

4 biji telur
1/2 tin susu pekat
* 1 cawan tepung gandum - guna superfine MFM dalam kotak
* 1 sudu teh soda bicarbonate
Bahan * disatukan dan diayak

Cara-cara Buat Kek Sarang Semut Periuk Noxxa
periuk-noxxa
Gambar atas sekali kiri:- setelah telur dan susu digaul sebati masukkan tepung sedikit demi sedikit.
 Gambar atas kanan:- campurkan gula hangus dengan tepung.
Gambar tengah:- Adunan tepung dan gula hangus yang telah digaul sebati  diperap dalam bekas bertutup selama 1 jam.
Gambar kiri bawah:- 1 jam kemudian masukkan adunan dalam periuk magic.
Gambar kanan bawah sedia untuk membuat prosedur piuk magic iaitu choose Steam 20 minit kemudian tekan On. Cap (tombol) pilih steam jugak.

Cara-cara membuat adunan kek:-

1. Masukkan telur dalam mixer dan pukul hingga kembang. [Mrs. A guna hand mixer jer...] Bila telah kembang, masukkan 1/2 tin susu pekat manis dan kacau rata, sebati dan mesra.

2. Selepas itu masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bicarbonate sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan di dalam mixer. Gunakan kelajuan minimum.

3. Akhir sekali masukkan gula hangus yang telah sejuk tadi dan juga essence vanilla dan kacau lagi sehingga rata, sebati dan mesra.

4. Bila telah digaul rata, sebati dan mesra tuang dalam bekas bertutup. Kemudian "perap" 1 jam untuk mendapatkan lubang yang cantik.

Resepi ini telah dikongsikan oleh insan yang bernama Rezqie Azzie dalam grup WS yang Mrs. A turut serta. Walaupun Mrs. A dan dia tidak mengenali di antara satu sama lain tapi kami berkongsi minat yang sama.

Okay!!! oleh kerana resepi ini adalah khas untuk pemilik-pemilik periuk Noxxa a.k.a periuk magic aje, jom kita ikuti pula cara-cara mengukus menggunakan periuk magic tu.

1. Gunting kertas minyak ukuran bulat saiz dasar periuk magic. Sapukan sedikit mentega (greasekan) di atas kertas. [Mrs. A guna kertas A4 jer...]

2. Masukkan kertas tersebut di dalam periuk. Tuang bancuhan kek ke atas kertas tadi.

3. Tekan fungsi "Steam" 20 minit dan tekan "On". Tutup periuk dan set "Cap" (tombol) pada steam. Tit..tittt.. Siap. Sejukkan barulah potong.

Actually ini adalah kali pertama Mrs. A membuat kek sarang semut. Sebenarnya selepas siap masak tu Mrs. A pun tak tahu itu jadi ke tidak? Bila keluarkan tu Aryssa dan adik kata eeiii ibu gelilah sebijik macam sarang semut ti kita makan mesti kuar semut nih! Adoyai! anak ibu nih! spoil mood betullah. Tapi bila dimakan elok aje gebu dan sedap cuma kids yang tak pandai menilai kot. Cewah!

Untuk puaskan hati Mrs. A suruh Along & Adik malam tu jugak dan masih panas lagi tu [tak tunggu sejuk dah potong muuahhaaaaaa!!!] hantar sedikit kat neighbour dan jugak kawan Mrs. A yang memang pandai masak dan pakar. Pakar dia nih adalah sehingga tahap menerima tempahan. Ha! pakar tak pakar tu, lu pikir la sendiri. Unfortunately bila Along & Adik balik katanya aunty dah tidur la bu.. uncle yang amik pastu dia cakap fuyyo! kek sarang semut panas lagi..... Along tak sempat cakap dia dah tahu. Ha tu maksudnya jadilah tu uols yang tak tahu. Saja nak pujuk diri sendiri. Tapi yang bestnya tu pepagi Mrs. A WS kawan yang jugak neighbour Mrs.A tu tanya pendapat dia kata sedap, gebu dan bersarang. Betul ke nih! ikhlas tak nih! Iyo tak tipu. yeah! suka sangat. Mrs. A uols.

Semenjak ada periuk magic ni Mrs. A memang agak rajin membaking muahhaaaa... tapi selalunya memang try and error je... bila teringin google aje resepi dan follow resepi yang digoogle tu. Excited bila menjadi tapi pernah jugaklah tak menjadi. Tak menjadi tu lain kali ajelah citer ya

Setelah beberapa kali mencuba resepi google dan try and error ni. Pendapat Mrs. A adalah kita kena ikut sebijik demi sebijik apa yang resepi tu ajarkan. Contoh macam kek sarang semut ni resepi kata guna tepung superfine MFM dalam kotak kekdahnya gunalah tepung tu janganlah tunjuk pandai guna tepung bluekey pulak. Coz ko tu bukannya chef pakar yang boleh adjust-adjust dan mampu berfikir diluar kotak dalam bidang membaking nih! muuuahhhaaaa [peringatan untuk diri sendiri].

Terima kasih juga buat kawan Mrs. A yang memperkenalkan periuk magic ni dan kredit sekali lagi buat Rezqie Azzie. Yeah! I love my periuk magic Noxxa.


Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah

Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah

Cinta-Paling-Agung
Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah

Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah adalah cerita yang sama dan pelakon yang sama tetapi ending yang berbeza. Rupanya cerita Cinta Paling Agung ini mempunyai dua ending yang berbeza. Oleh kerana Mrs. A ni peminat tegar Aaron Aziz kekdahnya semua cerita yang dilakonkan oleh dia sure nak tengok. Malam tadi Mrs. A telah mengorder lagi di Astro First cerita Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah pulak surelah nak tau kan apa perbezaanya.

Mrs. A ada tengok sewaktu Siti Saleha menjadi jemputan dalam rancangan "Meletops" dia ada mention pasal cerita Cinta Paling Agung tu ada dua ending yang berbeza. Dua malam lepas pulak Mrs. A tertengok promo Astro First pasal Cinta Paling Agung Suntingan Pengarah haish! wajib tengok nih!


Perbezaannya taklah banyak cuma lebih kurang dalam 10 ke 15 minit babak-babak akhir tu aje tetapi cukup bagi Mrs. A untuk kata oh! patutlah memang cinta paling agung pun.


Perbezaanya bermula selepas adegan ini

Setelah Hairi dan Myza kembali seperti mereka baru-baru berkahwin, pagi itu Myza yang bangun dulu. Myza pulak telah sediakan breakfast untuk Hairi dan terus keluar berjogging seorang diri seperti yang selalu dia buat. Apabila Hairi tersedar dia tengok Myza takde selepas bersiap dia pun turun ke dapur dan tengok breakfast telah tersedia sambil tersenyum riang-ria dia pun calling-calling Myza. Tengah Hairi dan Myza yang sedang berjogging syiok bergayut tiba-tiba gedegang!!!!!.... Myza!...Myza!...Myza!!! jerit Hairi on the phone.  Unfortunately sob! sob! sob! huaawaaahuawaa!!.... sedih uols cer teka apa terjadi pada Myza? Satu lagi babak yang mengusik hati bila Hana tanya Hairi. Papa kenapa mama sayang papa sangat? Tak terjawab dek papanya. Nak tahu apa terjadi pada Myza tengok sendirilah ya.

Moral of the story hargailah apa yang kita ada sebelum kita kehilangannya. Lumrah sifat manusia bila ada tak tahu nak menghargai bila dah tiada barulah menyesali.

Kredit Photo: Instagram teamsitisaleha
Takziah Diucapkan

Takziah Diucapkan

Last Friday Mrs. A sekeluarga telah ke ke Kampunng Paya Luas, Kuala Krau di Temerloh Pahang. Ini bukan planning tetapi emergency kerana ziarah bapa saudara side hubby. To be exact yang meninggal itu adalah husband Makcu iaitu adik bongsu m.i.l. Pada mulanya babah kata dia pergi seorang coz dia bawa m.i.l. nak cepat kalau boleh nak sampai sebelum kebumi selepas asar, tapi entah macam mana m.i.l dah pergi dulu pulak bersama s.i.l dan husbandnya. Ini mesti kes tunggu babah lambat lettew! Kekdahnya babah kata kita pergi sekeluargalah tunggu Mrs. A balik kerja dan Along  pulang sekolah.

Actually Pakcu sakit jantung, beberapa bulan kebelakangan ini dia memang selalu keluar masuk hospital. Sewaktu dia sakit we all tak berkesempatan pun nak menziarahi dia. sob..sob...sob... errmmm touching la pulak. Mungkin kematian adalah yang terbaik buat Pakcu, Al-fatihah buat arwah Pakcu we all mendoakan semoga damai di alam sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Kepada Makcu semoga tabah, redha dan sabar percayalah pasti ada hikmah disebaliknya. Time ziarah ini ramai saudara-mara dan adik-beradik m.i.l yang datang dapatlah juga we all saling kenal-mengenal dan beramah mesra. As for Mrs. A mungkin itu adalah salah satu hikmahnya.


Al-Fatihah buat arwah Pakcu, ketika di hospital Makcu sentiasa di sisi menjaga dan menemani beliau

Mati itu pasti hidup In Sha Allah.



[Kredit Photo to FB Zaidamia Qistina.]
MRS.A my blog my stori ©