Baju Raya - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Baju Raya

30 Jun 2015

Baju Raya

Hari raya tak sah kalau tak disertakan dengan baju baru ataupun sinonim kita panggil baju raya. Walaupun pada hari hari biasa kita ada jer... membeli baju tapi kalau dah kata nak sambut raya mesti nak jugak kita membeli baju baru lagi sempena raya. Kalau tak macam tak raya rasanya.

Sudah menjadi satu trend pulak tiga empat tahun kebelakangan ini baju raya mestilah sedondon. Kalau family tu tak sedondon dah pulak di pandang semacam dan pelik. Haish! macam-macamlah kita sekarang nikan...??? Mesti readers dah biasa dengar apa tema baju raya uol tahun ni?? Betul tak?

Tema baju raya we all untuk tahun lepas purple tapi ibu/babah punya tak siap di pagi raya itulah akibat menempah last minit. Tahun ini temanya oren babah depa yang pilih Mrs. A follow jer... tapi tahun ini the boys aje yang menempah gegirls beli siap. Mrs. A okay jer...senang nak cari saiz tapi Aryssa??

Friday night yang lepas Mrs. A plan nak bawa Aryssa gi survey-survey baju kat KM Plaza. Tapi malas nak drive coz kat sini susah mencari parking. Minta tolong babahnya yang hantar.

We-fie sementara menunggu si tukang hantar

Kenapa KM Plaza??? Itulah yang menjadi persoalannya hahahaa... walaupun banyak tempat-tempat lain di Seremban tapi Mrs. A suka jer...nak ke sini mungkin disebabkan harganya harga patut dan banyak kedai-kedai yang boleh di pilih. Ada jugak kawan yang syorkan dataran Senawang tapi Mrs. A prefer sini jugak kat sini ada tempat fitting dan harga pun boleh tawar-menawar. Sama jugaklah time Mrs. A kerja KL dulu suka aje membeli belah di jalan TAR dan Semua House. Walaupun gang syorkan suruh pergi tempat lain nak jugak tempat tu.

Sesampai aje di KM Plaza excited tengok bebaju kurung yang pelbagai fesyen dan color dan pulak orang tak berapa ramai. Sebagaimana yang telah dijangka saiz Aryssa memang menguji kesabaran untuk mencarinya masuk keluar pusing keliling tawaf semua kedai dah nak give up pun ada tapi mujur ada satu kedai tu jumpa baju yang Aryssa berkenan dan saiznya pun ngam terus aje beli.

Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya pastu terus call babahnya suruh amik. Oleh kerana dah kepenatan we all duduk jer.. kat bahu jalan tu sementara menunggu si tukang jemput sampai.

Kepenatan dan kehausan tapi kedai nak beli air dah tutup la pulok!

Peace!


3 ulasan:

  1. erm kak ana pula tahun ni lain sikit, tempah baju kurung sebab selalunya beli yang ready made. haha :)

    BalasPadam
  2. salam ramadhan, hee sonoknye dpt baju raya oren aryssa tuu ;p

    BalasPadam
  3. pernah alami keluar masuk kedai cari baju tapi x de size...last2 give up camtu je

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©